Assalamualaikum..
Halwa
Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan..
oh Tuhan maha kuasa, terima taubat hamba berdosa,
ku akui kelemahan diri, ku insafi kejahilan diri...
Penyampaian
Setiap kali mendengar bait-bait lagu ini, saya pasti akan merasa sebak. Terasa diri ini berasa dalam kerugian yang amat besar apabila mengenangkan dosa-dosa lampau. Tetapi apabila difikirkan dari satu sudut yang lain..Inilah peluang yang masih diberikan oleh Allah untuk diri saya mencari jalan pulang kepada fitrah kerana fitrah beragama itu memang ada dalam diri setiap muslim dan Islam merupakan agama yang amat sesuai dan memenuhi fitrah manusia..
Syukur masih mampu untuk menumpang di atas bumi mu ini Ya Allah....Alhamdulillah..
Wallahualam..
Wallahualam..


0 Teguran..:
Post a Comment