BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

GOOGLE translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

Demi Masa..

Assalamualaikum..

Muqaddimah..

Semalam merupakan hari yang agak bertuah bagi saya dan seluruh warga UMP. Kesempatan untuk bertemu dengan seorang pendakwah muda yang tinggi ilmunya. Beliau ialah Ustaz Hasrizal Jamil. Saya selalu membaca tulisan beliau di laman webnya, SaifulIslam.com. Justeru, hati ini merasa gembira dapat bertemu beliau.

Tujuan..

Kedatangan beliau untuk menyampaikan ceramah bertajuk Hikmah "First Thing First" dan Wahyu "Fiqh Aulawiyyat": Formula Pengurusan Masa Berkesan.

Intipati..

Melihatkan tajuknya memang amat menarik. Lebih-lebih lagi dengan waktu peperiksaan yang akan menjelang tiba. Saya ingin berkongsi apa yang sempat saya nukilkan di dalam kotak fikiran semasa mengikuti ceramah Al Fadhil Ustaz. Saya tertarik untuk berkongsi bahagian akhir ceramahnya iaitu kepentingan dan berharganya masa itu yang merujuk kepada satu-satu situasi..

Petikan ceramah itu :

1. Ingin tahu nilai SETAHUN, tanyalah pelajar yang gagal dalam peperiksaan. 
2. Ingin tahu nilai SEBULAN, tanyalah ibu yang melahirkan bayi pra-matang
3. Ingin tahu nilai SEMINGGU, tanyalah editor majalah mingguan

4. Ingin tahu nilai SEHARI, tanyalah buruh kasar yang mempunyai 6 orang anak 

5. Ingin tahu nilai SEJAM, tanyalah pasangan kekasih yang menunggu untuk bertemu
6. Ingin tahu nilai SEMINIT, tanyalah orang yang terselamat daripada kemalangan
7. Ingin tahu nilai MILI SAAT, tanyalah orang yang dapat pingat perak Olimpik
8. Ingin tahu nilai HIDUP , tanyalah yang berada 6 kaki di bawah tanah




Hargailah masa yang ada sebaik mungkin..Wal Asr..

Wallahualam.

0 Teguran..: