BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

GOOGLE translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

<



           downloadjnnkjnkjnsadkjnaskjdnakjdsnaskjdnaskjdnakjdnaskjdnsakjnaskj



Spoiler:


Gara-gara terlalu bimbang kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor akan dirobohkan, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar dirinya.



M Chakragunasegaran, 52 bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis serta beberapa ahli persatuan kuil yang kebetulan berada di tempat kejadian menyelamatkannya. Beliau yang dalam keadaan pengsan dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya dilaporkan tenat.



Menurut saksi, K Dharmalingam,49, kejadian itu disedari semasa beliau melakukan upacara sembahyang di kuil berkenaan pada jam 6.30 pagi ini dan terlihat berlaku kekecohan.



Beliau terlihat mangsa menjerit “Jangan roboh kuil ini,” tetapi pihak berkuasa tidak memperdulikan rayuan lelaki itu.



Dia kemudian bertindak nekad dan menyalakan api di badannya dan dilaporkan terbakar kira-kira lima minit sebelum berjaya diselamatkan.



Selesai drama itu, kerja-kerja merobohkan sebahagian daripada kuil itu yang menjadi tempat simpanan barangan kemudiannya bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.



NONELebih kurang 200 kakitangan terdiri daripada ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pihak polis dan Rela terbabit dalam operasi berkenaan.



Sebelum ini, notis arahan dikeluarkan oleh pada 26 Oktober lalu dengan persatuan kuil berkenaan diberi tempoh selama tujuh hari untuk berpindah bagi tujuan pembinaan sebuah tadika baru.



Dharmalingam yang juga setiausaha kuil Sri Srinivasa Perumal itu berkata, pihaknya kesal kerana pihak berwajib tidak memberi tempoh yang mencukupi bagi mereka berpindah.



"Sudah lebih 10 tahun kuil ini dibina, tanah ini merupakan tanah rezab," katanya.



Kakitangan penguatkuasa kemudian melakukan kerja memagar sekeliling kawasan tersebut.



NONESementara itu, ahli jawatankuasa kebajikan kuil itu, T Pukalenthy,42, berkata berdasarkan maklumat diperolehinya pihak sekolah memberi kebenaran kepada persatuan kuil untuk membina bangunan tambahan yang menjadi stor tempat simpanan barangan sejak 10 tahun dahulu.



"Perbuatan mereka merobohkan stor tersebut tidak wajar, sepatutnya mereka memberitahu pihak pengurusan kuil lebih awal," katanya.



Sementara itu, ahli majlis MPSJ, KN Michael Tamilarason berkata satu mesyuarat tergempar telah diadakan kira-kira jam 11.30 pagi tadi melibatkan wakil daripada kedua-dua belah parti politik, polis, agensi penguatkuasaan, sekolah dan persatuan kuil tersebut.



NONEMenurutnya hasil sesi perbincangan itu, pihak berwajib bersetuju untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan bangunan simpanan stor milik kuil berkenaan untuk seminggu lagi



"Pihak sekolah bersetuju memberi masa selama tujuh hari kepada persatuan kuil untuk memindahkan barang tersebut. Masalah ini sudah selesai," katanya kepada Malaysiakini, petang tadi. - Malaysiakini





           download



           download

testing

hyperlink color










































D40 Different Perspectives

























dsadasdas

Demi Masa..

Assalamualaikum..

Muqaddimah..

Semalam merupakan hari yang agak bertuah bagi saya dan seluruh warga UMP. Kesempatan untuk bertemu dengan seorang pendakwah muda yang tinggi ilmunya. Beliau ialah Ustaz Hasrizal Jamil. Saya selalu membaca tulisan beliau di laman webnya, SaifulIslam.com. Justeru, hati ini merasa gembira dapat bertemu beliau.

Tujuan..

Kedatangan beliau untuk menyampaikan ceramah bertajuk Hikmah "First Thing First" dan Wahyu "Fiqh Aulawiyyat": Formula Pengurusan Masa Berkesan.

Intipati..

Melihatkan tajuknya memang amat menarik. Lebih-lebih lagi dengan waktu peperiksaan yang akan menjelang tiba. Saya ingin berkongsi apa yang sempat saya nukilkan di dalam kotak fikiran semasa mengikuti ceramah Al Fadhil Ustaz. Saya tertarik untuk berkongsi bahagian akhir ceramahnya iaitu kepentingan dan berharganya masa itu yang merujuk kepada satu-satu situasi..

Petikan ceramah itu :

1. Ingin tahu nilai SETAHUN, tanyalah pelajar yang gagal dalam peperiksaan. 
2. Ingin tahu nilai SEBULAN, tanyalah ibu yang melahirkan bayi pra-matang
3. Ingin tahu nilai SEMINGGU, tanyalah editor majalah mingguan

4. Ingin tahu nilai SEHARI, tanyalah buruh kasar yang mempunyai 6 orang anak 

5. Ingin tahu nilai SEJAM, tanyalah pasangan kekasih yang menunggu untuk bertemu
6. Ingin tahu nilai SEMINIT, tanyalah orang yang terselamat daripada kemalangan
7. Ingin tahu nilai MILI SAAT, tanyalah orang yang dapat pingat perak Olimpik
8. Ingin tahu nilai HIDUP , tanyalah yang berada 6 kaki di bawah tanah




Hargailah masa yang ada sebaik mungkin..Wal Asr..

Wallahualam.

Taubat hamba mu ini..

Assalamualaikum..

Halwa


Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan..
oh Tuhan maha kuasa, terima taubat hamba berdosa,
ku akui kelemahan diri, ku insafi kejahilan diri...


Penyampaian

Setiap kali mendengar bait-bait lagu ini, saya pasti akan merasa sebak. Terasa diri ini berasa dalam kerugian yang amat besar apabila mengenangkan dosa-dosa lampau. Tetapi apabila difikirkan dari satu sudut yang lain..Inilah peluang yang masih diberikan oleh Allah untuk diri saya mencari jalan pulang kepada fitrah kerana fitrah beragama itu memang ada dalam diri setiap muslim dan Islam merupakan agama yang amat sesuai dan memenuhi fitrah manusia..
Harapan

Syukur masih mampu untuk menumpang di atas bumi mu ini Ya Allah....Alhamdulillah..

Wallahualam..

Perlunya kepada perubahan

Assalamualaikum..

Perkongsian

Alhamdulilah syukur masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit perkongsian ilmu bagi yang sudi berkongsi..
hari ini, saya terfikir akan satu perkara, sudahkah banyak ilmu yang dicari sepanjang 20 tahun berada di atas muka bumi Ya Rabb ini.. Diri ini berasa kerdil jika dibandingkan dengan ilmu yang dimiliki oleh kawan-kawan seperjuangan dan abang-abang senior yang lain.

Syukran 

walaupun diri ini banyak melakukan dosa, syukur masih ada orang yang sudi membimbing. Kagumnya diri ini dengan ukhwah yang dijalinkan bagi membimbing diri ini ke arah jalan yang lebih baik..Aduh, payahnya untuk berubah, tetapi seperti kata penceramah Ustaz Hasrizal yang menyampaikan ceramah di Masjid UMP semalam, perubahan itu merupakan suatu kemestian.

Perubahan

Diri ini akan terus menimba sebanyak mungkin ilmu bagi kebaikan bersama. InsyaAllah akan di cuba untuk disebarkan kepada kawan-kawan yang lainnya..Redhailih diri ini ..Ya Allah..